Monday, 29 October 2012

Pembaharuan

                                     ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!!!!!!!!

                                    Hello With Rose

   Korang2 ada berita excited nak beritahu ni. Nak tahu x? Kalau x nak tahu buat apa baca postni? menyibuk je..*sorry* Bagi yang nak tahu hari ini dengan rasminya blog AINUR ATHIKAH mempunyai CCTV.  Jumpa x? Ala yang kat belah atas dan kanan sekali. Dia tengah perhatikan koranglah tu. Jadi jangan pndai2 nak buat jahat eh selain ada CCTV  jangan lupa ada lagi yang sentiasa perhatikan kita iaitu ALLAH.

  Ok disebabkan hari ini mood ada baik Ain akan mengup-datekan cerpen pertama yang dikarang oleh Ain di blog. Di ulang sekali lagi CERPEN PERTAMA.....  HA baru nampak kan?

        BAGI YANG NAK BACA SILA KLIK DI BAWAH NI. KALAU YANG TAK NAK BACA PERGI MAIN JAUH. SYUH2. HE 1000. CARI BUTANG DONATE KAT BAWAH TU KAN BAWAH KAN ADA TULIS READ MORE. KLIK SITULAH....


                                                         KLIK DI SINI
TAJUKNYA IALAH:

                                      NILAI PENGORBANAN

       Jam loceng mini apple hijau mula menjerit dengan nyaring untuk mengejutkan pemiliknya. Jika di kampung, sudah tentu tugas jam loceng diambil oleh ayam kampung yang akan berkokok setiap pagi. Aliza,seorang budak perempuan yang berumur lapan tahun segera bangun dan menggeliat. Dia akan membaca doa selepas tidur apabila bangun daripada tidur kerana itulah nilai yang telah diterapkan oleh ayahnya sejak Aliza masih kecil. Aliza memang akan bangun tidur sendiri kerana dia tidak mahu menyusahkan ayahnya untuk mengejutkannya setiap pagi. Selepas itu, Aliza terus mencapai tuala mandi dan menuju ke bilik air untuk bersiap ke sekolah.

      Kereta Proton hitam ayahnya meluncur laju masuk ke perkarangan sekolah. Seperti biasa, Aliza akan bersalam dan mengucup tangan ayahnya yang lebih juga dikenali sebagai Encik Azhar di kalangan rakan sekerjanya. Encik Azhar juga akan memesan kepada anak tunggalnya agar belajar rajin-rajin. Dia tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada di depan mata. Dia mahu anak tunggalnya itu menjadi orang yang berjaya dan berbakti kepada agama dan negara.

      Tepat jam 7:20 pagi, Cikgu Nadia iaitu guru Pendidikan Seni Visual merangkap guru kelas 2 Mawar masuk ke dalam kelas. Cikgu Nadia memang akan sentiasa anggun setiap hari. Tidak dinafikan, ada juga guru lelaki yang masih bujang memasang niat untuk mengahwini Cikgu Nadia. Pagi itu, beliau memakai tudung dan baju kurung pahang yang berwarna hijau daun pisang. Aroma minyak wanginya juga sudah pasti akan memenuhi ruang kelas 2 Mawar.

               "Bangun semua murid-murid" kata Cikgu Nadia. Setelah memberi salam beliau akan menyuruh anak muridnya menadah tangan membaca doa pelajaran agar apa yang mereka belajar sentiasa diredhai oleh Allah S.W.T.
               "Murid-murid semua dah bawa apa yang cikgu suruh? Kertas warna, magic pen, pensil warna. bawa ke tak? " tanya Cikgu Nadia.
              " Dah, cikgu"
              "Bagus.... semua tahu tak hari ni kita nak buat apa?"
              " Tak, cikgu".
              " Hari Ibu  minggu depan kan? Jadi....cikgu nak murid-murid buat satu kad ucapan untuk ibu. Buat cantik-cantik lepas tu tulis ucapan untuk ibu. Cikgu nak masa hari ibu nanti semua bagi kat ibu masing-masing. Boleh tak? ".
              " Boleh, cikgu"
              " Baiklah kalau macam tu semua boleh mula sekarang. Kalau ada yang tak faham boleh tanya cikgu. Cikgu sedia berkhidmat. ", kata Cikgu Nadia sambil mengangkat tangan kananya dan berucap ala-ala seorang pemimpin sedang membaca ikrar dengan penuh penghayatan. Anak muridnya ada yang tersenyum dan terlgelak melihat telatah guru mereka dan ada juga yang muka tercengang tidak tahu apa-apa.

       Semua pelajar di dalam kelas 2 Mawar berusaha bersungguh-sungguh membuat tugasan yang diberi untuk menghadiahkan kepada ibu hasil tangan yang paling menarik. Hanya ada seorang pelajar yang duduk di barisan belakang masih tergaru-garu kepala dan tidak senang duduk seperti kera kena belacan. Cikgu Nadia yang mulai perasan tingkah lakunya berjalan menghampiri pelajar itu.

              " Ya, Aliza. Boleh cikgu bantu? Kenapa tak mula lagi ni? ", tegur Cikgu Nadia dengan nada suara yang lembut.
              " Err..... cikgu..... se..sebe....", Aliza berasa malu dan serba-salah untuk menceritakan masalahnya kepada guru. Sememangnya, dari dahulu dia mempunyai sifat malu tidak bertempat.
              " Aliza, kalau ada masalah cerita je kat cikgu. Jangan malu-malu. Insya-Allah cikgu boleh bantu", Cikgu Nadia berusaha memujuk Aliza. Memang sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu anak muridnya menyelesaikan masalah. Dia tidak mahu pelajaran terganggu akibat tidak dapat menguruskan masalah dengan berkesan.
           
             " Sebenarnya, saya tak kenal ibu saya". Aliza membuka bicara.
             " Hah! Macammana boleh tak kenal? Ayah Aliza tak cerita ke tentang ibu?", Cikgu Nadia agak terkejut dengan penyataan Aliza.
             " Saya ada tanya ayah tapi........... ayah cuma cakap ibu telah pergi jauh. Lepas tu Aliza tanya ibu pergi luar negara ke? Ayah kata lebih jauh dari itu dan ayah akan cerita pada Aliza satu hari nanti". Cikgu Nadia baru mengerti bahawa ibu Aliza sudah pergi menghadap Ilahi. Dia berasa menyesal kerana selama ini dia tidak pernah mengambil tahu masalah yang ditanggung oleh Aliza. Dia fikir Aliza seorang kanak-kanak yang ceria tetapi rupa-rupanya terdapat konflik yang dihadapi di sebalik wajah comelnya.
            " Emm....... macam ni lah. Awak buat kad ucapan untuk ayah awak. Memandangkan ayah awak yang menjaga dan mengerjakan urusan rumah selama ini dia juga boleh jadi ibu awak. Faham?".
           " Faham, cikgu".

                -----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----
    Pada malam itu, Encik Azhar mengajar anaknya mengaji. Selepas itu, mereka menikmati makan malam bersama. Menu spesial mereka ialah ayam masak asam pedas. Mereka menjamu dengan penuh berselera.

     Tepat jam 9:00 malam, Aliza menonton rancangan kegemarangannya di kaca televisyen manakala ayahnya duduk di atas kerusi malas yang terletak di sudut ruang tamu sambil membaca surat khabar. Tiba-tiba, hati kecil Aliza terdetik untuk menanyakan ayahnya sekali lagi perihal ibunya. Dia benar-benar mahu berjumpa dan bermanja dengan ibunya.

           " Ayah..... kalau Aliza tanya satu soalan ni ayah marah tak? ",
           " Tengoklah anak ayah nak tanya soalan apa? Tanyalah sayang...", Encik Azhar lekas menutup surat khabar untuk menumpukan perhatian kepada soalan anaknya.
           " A....A...Sebenarnya ke mana ibu pergi? Kenapa ibu tak pernah balik? Ibu tak rindu Liza ke? Liza nak bermanja dengan ibu macam dengan kawan-kawan yang lain. Tapi Liza tak kenal ibu Liza. Ibu dah tak sayang Liza ke? Liza ni jahat sangat ke sampai ibu tak nak jumpa?", berbagai soalan yang terlintas di kepala Aliza telah ditanya. Aliza menanti jawapan ayahnya dengan hati yang berdebar-debar. Terdapat air mata yang bertakung di tubir mata Aliza. Kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja dia meraung seperti bayi yang lapar.
         " Sayang....kenapa tanya macam tu? Ibu sayang sangat dekat Liza tapi ibu tak berpeluang nak lihat Liza membesar. Ayah dan Liza memang sayang sangat dengan ibu tapi Allah lebih menyayangi ibu. Ibu dah kembali ke rahmatullah. Dah pergi masuk tidur", ayahnya membalas soalan anaknya.
         " Aliza nak jumpa ibu jugak.....", jerit Aliza sambil berlari menuju ke bilik tidurnya. Dia mahu menangis sepuas hati. Dia masih tidak mengerti akan kata-kata ayahnya. Encik Azhar hanya mampu melihat dengan hati yang sebak. Dia berjanji akan menceritakan segala-galanya kepada Aliza suatu hari nanti.

            -----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----
   Cahaya matahari pada petang itu hanya sekadar membiaskan cahaya ke seluruh permukaan bumi.Ada yang mengambil kesempatan untuk beriadah bersama keluarga dan sahabat-handai. Namun, bagi Aliza dia mengambil keputusan untuk memerap di dalam bilik sambil melihat pemandangan di luar melalui tingkap kaca biliknya.

       Tiba-tiba tombol pintu bilik tidur Aliza dipulas perlahan-lahan.
         "Aliza sampai bila Aliza nak merajuk dengan ayah ni? ". Aliza hanya diam tiada respon.
         " Aliza nak makan? Hari ini ayah masak spesial untuk Aliza. Jom makan eh? ". Aliza masih seperti tadi.
         "Apa yang Aliza nak? ", tanya ayahnya. Dia berusaha untuk memujuk anak kesayangannya itu.
         " Aliza nak jumpa ibu", jawab Aliza.
         "Ok. Esok Hari Ibu kan? Esok jugak ayah bawak Aliza jumpa ibu. Tapi dengan satu syarat Aliza jangan merajuk dengan ayah lagi nanti ayah tak ada kawan. Janji ", Ayahnya menghulurkan jari kelingkingnya lalu diataut oleh jari kelingking Aliza.
         " Aliza mintak maaf ayah. Ayah janganlah sedih. Aliza kan dah kawan dengan ayah". Encik Azhar cuba untuk sembunyikan kesedihannya namun tetap dapat dihidu oleh anaknya.

            ----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o------o------o-----o-----o-----o-----
             " Aliza, cepat bersiap.  Kata nak bagi hadiah kat ibu", ujar Encik Azhar.
             " Ya, ayah. Dah siap dah ni. Ibu mesti gembira kan? ", pertanyaan Aliza hanya dijawab oleh anggukan kecil.

            Aliza mengenakan baju kurung dan tudung yang berwarna putih. Putih juga adalah salah satu warna kegemarannya. Baginya putih itu melambangkan kesucian.

           Setengah jam kemudian, mereka sampai ke tempat yang dituju. Di sana terdapat beberapa orang yang juga memakai baju kurung. Sebelum masuk ke perkarangan, Aliza sempat membaca perkataan yang tertulis di depan pagar. "TANAH PERKUBURAN ISLAM".

           " Ayah  kenapa kita pergi kubur? Ayah kata nak bawa Liza jumpa ibu. Ayah tipu Liza ke? ",
           "Aliza duduk sini dulu. Cuba Liza baca tulisan kat batu nisan ni. Ayah kan dah tunaikan janji. Nilah kubur ibu.", terang ayahnya dengan jujur. Dia sudah tidak sanggup lagi menyembunyikan rahsia. Dia rasa bersalah terhadap anak kesayangannya.
          " Maksud ayah ibu dah me...men...meni.....meninggal? ". Tanpa disedari, mutiara jernih mula menitis setitik demi setitik mengalir ke pipi gebu Aliza. Encik Azhar cuba menenangkan anaknya dan diri sendri. Ya, dia perlu menenangkan dirinya sendiri. Sudah cukup dia mengalirkan air mata selama 4 bulan selepas isterinya meninggal.
          " Aliza tak elok menangis.....dah ...Aliza kena tabah. Cepat bagi ibu hadiah. Hadiahkan ibu sebuah doa Al- Fatihah dengan niat dan hati yang ikhlas", pinta ayahnya. Aliza mengelap air matanya lalu menadah tangan membaca doa.
           " Bismillahirrahmanirrahim.............."

            -----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o-----o------o------o-----o-----o-----
17 tahun kemudian...............

         Aliza memandu  kereta Grand Livina putih miliknya. Dia memasang telinga mendengar ceramah Ustazah Zalina di satu saluran video yang bertajuk ' Pengorbanan seorang ibu'. Sungguh hiba hatinya apabila mendengar sebuah pengorbanan ibu sangat berharga. Jika dkumpulkan mutiara, emas dan permata di seluruh muka bumi ini maka yang lebih bernilai ialah pengorbanan ibu. Fikirannya melayang-layang mengimbau kembali kenangan yang telah dilalui.

           " Aliza nak tahu tak kenapa ibu meninggal dunia? ", soal Encik Azhar.
           " Mestilah nak, ayah. ", sememangnya perkara itu yang paling hendak diketahuinya tetapi hasrat itu hanya disimpan di dalam hati.
          " Dulu, semasa ibu mengandungkan Aliza, kedudukan Aliza dalam perut ibu menyongsang. Situasi akan memberhayakan kesihatan ibu dan kesihatan Aliza sendiri. Doktor sudah memberitahu jika ibu melahirkan Aliza kemungkinan ibu akan meninggal dunia jadi doktor mencadangkan agar ibu menggugurkan kandungannya. Tetapi betapa kasihnya ibu kepada Aliza ibu tetap mahu melahirkan anak yang dikandungnya. Ibu sanggup mengorbankan nyawanya demi memberi peluang anaknya untuk hidup di dunia", terang Encik Azhar panjang lebar.
         " Dan Aliza, ibu sudah berpesan kepada ayah agar mendidik anak mengikut jalan yang benar dan dapat berbakti kepada agama dan negara. Itulah amanat terakhir ibu."

   Lamunan Aliza terhenti apabila keretanya meluncur laju masuk ke dalam perkarangan rumahnya.

        " Assalamualaikum, ayah.... Aliza dah balik.",
        " Waalaikumussalam, anak ayah. Macam mana hari pertama bekerja sebagai doktor pakar? ", soal ayahnya teruja.
       " Seronok ayah... doktor ngan jururawat kat sana semuanya peramah...", jawab Aliza teruja.
       " Dah jom masuk. Ayah ada masak lauk ayam masak asam pedas. Sedap tau",

  Apabila Aliza melangkah masuk ke dalam rumahnya, dia teringat tentang ibunya.

     " Ibu, Aliza dah berjaya ibu. Aliza berjaya. Aliza tidak akan persia-siakan segala pengorbanan ibu ", kata hati kecil Aliza.

                                                                  - TAMAT-


Huh, penatnya taip. Panjang tau.... Nak kata2 hikmah juga ke? Xyah lah eh. Lain kali je OK. Sebelum itu, saya nak ingatkan agar taat kepada perinyah ibubapa dan jangan sesekali meninggikan suara pada mereka tau. Dahlah nak buat kerja sekolah pulak. BYE2.

                                                           Salam sayang daripada Ain Ika.