Friday, 28 November 2014

Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum w.b.t.

                                                         
                                                                 comel je telur ni muntah

Dari kecik saya memang mabuk kenderaan. Tapi tak semua kenderaanlah. Cuma kereta dan feri je setakat ni. Bas tu kadang-kadang. Bagi sesiapa yang tak tahu, mabuk kenderaan ni bila naik kenderaan akan rasa pening.

Paling tak best bila nak pergi berjalan. Lagi-lagi kalau naik kereta pagi-pagi. Mula-mula bolehlah wat lek wat cool tapi tak sampai beberapa minit dah rasa pening kepala. Apalagi jalan penyelesaiannya..tidur jelah sepanjang perjalanan.. Tak dapat nak nikmati pemandangan. Dapat tidur tu dah kira okey dah. Kadang-kadang mata pulak tak boleh nak lelap. Kalau macam tu lama-lama melambaklah muntah.

Ibu kata ikut genetik ayah. Akak pun sama dulu mabuk tapi sekarang dia dah okey. Saya masih tunggu lagi masanya untuk "okey' tu. Bukannya tak nak beli pil tahan muntah. Ibu kata jangan terlalu bergantung pada ubat. Mungkin dah set minda naik kereta je mabuk.

Tapi tak semua kereta saya mabuk. Ada sesetengah kereta bila naik rasa okey pulak. Saya rasa salah satu faktornya sebab bau enjin kereta. Tak suka..bau enjin je memang rasa pening + mual. Lagi satu, kadang-kadang ibu letak bunga kenanga atau daun pandan dalam kereta kasi wangi. Lagilah nak muntah. Saya tak boleh naik kereta yang wangi sangat. Saya suka bau udara. Kadang-kadang bolehlah bukak tingkap. Baru best..tak pening. Tapi waktu tengah hari buta ibu tak kasi. Yelah, masa tu kan matahari tengah mencarau. Guna air-cond sejuk.

Terfikir jugak kalau dah selalu mabuk bila naik kereta. Macam mana nak memandu? Ayah kata kalau memandu memang tak kan pening. Betul ke? Kalau betul, alhamdulillah...lega sikit. Korang pun mabuk jugak ke? Ada petua mudah yang berjaya tak? Kalau ada kongsilah sikit... :) Tapi alhamdulillah tak semua kenderaan saya mabuk. Kapal terbang belum cuba lagi ni. hehe...


                                                ♫ Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar ♫

18 comments:

  1. Assalammualaikum.. serious talk klau naik smua jnis kreta mmng pning n alhamdulillah tk smpai mntah. Klau mntah pun mybe sbb sbelum naik kreta mmng dh pning n mkn bnyk sngt. so jln pnyelesaiannya msti kna bka tngkap. MESTI. klau dh lpas bka tngkp mulalah prangai mcm bdk2 kluarkn kpala tngok kreta blakang -_- Adk sye pun sma. so kkadang dia pksa kentut tuk bka tngkp. tu mmng tk blh ckp lh. haah. biasanya pmandu tk pning sngt tk thu knapa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah kan bila bukak tingkap rasa lega sangat sebab dapat fresh air. Kentut dalma kereta tu trick baru untuk bukak tingkap. hehe...boleh try tak ni? serba salahlah pulak. haha.. XD

      Delete
  2. seriously, bintang pun mabuk gak bila nak kenderaan ni. tapi depends on jarak perjalanan and jenis kereta juga lah. ada tu, baru berapa minit naik kereta, kepala dah migrain, then muntah. T_______T

    btw, yang tentang drive sendiri tak menyebabkan muntah, rasanya ya kot. hehe. sebab haritu try drive jejauh, takde pulak mabuk. maybe sebab buka tingkap kot :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh...betullah depends jenis kereta. Kadang2 naik kereta org lain tak mabuk. :)

      Delete
  3. hm. saya pun ada masalah ni . setiap kali naik kereta mesti pening-pening . hm, payah sangat bila nak jalan jauh. memang serabut habis la jadinya -.- and saya bila masuk kereta yang ada perfume like 'ambi pure' and so on, mesti la pening terus bila nak masuk . hm, kadang tu, disuruh tinggal sebab cerewet katanya :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang serabut. Tudung pun dah tak betul sebab asyik baring. Kalau bukak tingkap melayang-layang pulak. Perfume pun lebih baik tak yah letak. Lagi meloyakan tekak adalah. haha..kesiannya disuruh tinggal. Kadang2 saya nak tinggal ibu tak kasi. hehehe...

      Delete
  4. Replies
    1. Minyak ikan bagus untuk kesihatan! ^^

      Delete
  5. mabuk bila membaca jer..so bila naik trans jer, juz duduk diam, tidur or dgr lagu..huhu jelez tgok org len dpt men hp :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah sekali naik kereta, rasa tak pening. Pergilah baca buku, terus mabuk.

      Delete
  6. follow blog cik anggur twitter cik anggur dan like facebook cik anggur balik
    di http://belogcikanggur.blogspot.com
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. nice to meet you all guys ..please visit me back..

    ReplyDelete
  8. samalah kita mabuk kenderaan huhu sampai umur 22 pun masih mabuk

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen ;)